
Jika esok masih ada
Akan ku sujud padamu
Minta diampun semua dosaku
Akan ku kotakan suruhanmu
Sampaikan pada dunia
Biar semua tahu
Islam itu satu!
Jika esok masih ada
Akan ku berikan pada yang meminta
Akan ku laksanakan apa yang tertunda
Niatkan semuanya kerna Dia
Jika esok masih ada
Pasti aku pegang saudara
Tidakkan aku biarkan mereka menderita
Kerana leka terhadapnya
Jika esok masih ada
Tidak ada masa yang akanku sia
Tidak ada hati yang akan ku luka
Tidak ada jasad yang aku aniaya
Seakan hidup sesaat Cuma
Jika esok masih ada
Akan ku tinggalkan selimutku
Tinggalkan enak tidur malamku
Bersujud kepadamu
Memohon perlindungan darimu ya rabbi!
Namun,
Itu semua jika esok masih ada!
Telah aku siakannya
Peluang sekali Cuma
Hari ini aku sudah melelapkan mata
Dihimpit gelap selamanya
Tiada lagi jika esok masih ada.
dipetik dri iluvislam
Assalamualaikum, artikel kat atas ni abg Joe petik dri artikel org, agk terkilan ble bace artikel trsebut maka korang semua hayatilah, hm, mmg da lama da abg Joe perasan bahawa masa semakin lama semakin singkat, andai di pagi haRI kita bersiap utk aktiviti seharian, sesudahnya , tersedar bahawa sudah malam, mmg btullah bahawa masa semakin singkat dri hari ke hari menuju ke hARI kiamat
bagi mereka golongan yang tidak mengetahui......mungkin akn menyangkal kenyataan ni.sebab mereka mempercayai kenyataan yahudi yg bertentangan , dari hari ke hari, yahudi makin mara sedang kita maken mundur, kata mereka, semua fakta2 dan ilmu2 yg telah dikaji oleh umat islam dahulu telah diputarbelitkan sebelum diperkenalkan semula oleh para yahudi, dgn penuh takabbur mereka mengatakan bahawa itu adalah ilmu mereka...
subhanallah, umat Islam kini kena bangkit semula, jangan biarkan yahudi bangkit semula dan menindas kita dengan sewenang wenangnya, tengok sahajalah, ade 1 hadis
Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Thauban radhi allahu anhu, bahawa Rasullullah salla allahu alayhi wassallam bersabda, dengan mafhumnya:
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda s.a.w.:
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah s.a.w.:
“Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
orang kafir dan musuh2 islam akan gentar dengan kita seandainya kita berpegang teguh semula kepada ajaran islam yang merupakan agama Allah , maka janganlah kita sama sekali ragu2 , jika ditanya mengenai siapa yang mahu menjadi ahli syurga dan siapa yg mau menjadi ahli neraka , sudah tentunya mereka akn memilih utk menjadi ahli syurga.namun begitu, apakah korang x terfikir bahawa korang akn diadili dengan adil oleh Allah? apakah cukup amal kita ni wahai kawan2 ?
solat fardhu merupakan teras agama/ tiang agama, maka solat berjemaah merupakan benteng agama, dengan berjemaah , kita dapat memperkukuhkan ukhwah sesama muslim sebagaimana kaum muhajirin dan ansar yg sggup menggadaikan harta benda demi ukhwah . dengan itu, mereka mempunyai semangat yg tinggi.... wahai sahabt2! jagalah masa anda dan penuhi masa lapang anda dengan beribadat.
kita tak akn tahu bila kita akn mati . btul x?
cubelah bace tafsir surah al asr dan hayatilah sedalam dalamnya.... amat menakutkan jika kita tergolong dalam golongan yg rugi dan membuang masa.
subhanallah








1 comments:
Falsafah (prinsip) kebangkitan yang hakiki adalah sebuah mabda' (ideologi) yang menggabungkan fikroh dan thoriqoh secara terpadu. Idiologi tersebut adalah Islam. Sebab, Islam adalah sebuah aqidah yang memancarkan sebuah sistem untuk mengatur seluruh urusan negara dan umat, dan mampu memecahkan seluruh masalah kehidupan.
Post a Comment